Tuesday, May 19, 2009

kenangan


Alhamdulillah selesai fyp hardcover saya..yang sedihnye setelah dibelek semula ade jugak error in typing.mod kata ok,sv kata ok..tak yah repair report dah.jadi atas saya lah kene double triple n multiple check..aleh-aleh dah jadi hardcover pon masih ade jugak silap sana sini.apa boleh buat..saya redha [muka sedih ;( ].tak apalah mungkin ini habis terbaik yang
boleh saya berikan..semua benda kat dunia ni tiadalah sempurna kecuali yang Esa.justeru,saya bersyukur dapat menyiapkan semua task yang diberi,dan insyAllah hari esok (rabu-ex FYP day)mahu menghantar semua material bekanaan si manja fyp ini ke FET.tah apa agaknya gred yang bakal diperoleh untuk fyp saya..cuaknya..

petang tadi selesai paper random and queueing theory.khamis ni ada satu lagi paper (optoelectronics)..opto ni dah le kena banyak menghapal,adoii sarat la kepala nak sumbat semua dalam 1 hari setengah sebelom tibanya hari exam...paper ini la penutup segala exam-exam sepanjang berada di mmu..sebelum terlupa nak story sikit kejadian selepas abis exam random,class rep kami cik diba telah mengajak untuk bergambar ngn tok guru di biliknya.wah kami sangat hepi dan rasa macam bergambar dengan artis popular pulak hehe..cik diba siap gi membelek gambar memori lama di rak buku tok guru.(jahat tul ko ni..)hehe aku pon nyibok jugak..dedikasi khas untuk tok guru kami yang sgt disayangi "terima kasih for everything".sir kata jangan uplode gambar ni kat utube hehe of coz sir utube tak,blog boleh ye sir..hehe..ok lah sampai sini saja..keep updating my blog ye kawan-kawan!~ assalammualaikum.



+ intan payung hardcover report+



+ Diba,Nad,Dr.Rosli,Sharman,Faiz+

Sunday, May 17, 2009

it's a final countdown


nota lipat..mestilah akan dibuat sebelom menduduki exam.kewujudannya sangat penting dikala lagi beberape jam atau minit sebelom menjawab kertas periksa.nota lipat ini kadang-kadang disalah guna oleh sesorang untuk dijadikan toyol.berdosa besarlah orang terbabit kerana telah menipu dirinya sendiri bahkan kalau diketahui pemeriksa sudah tentu-- " u get out from this exam hall".sesal pon x guna lantas berkemungkinan akan digantung pengajian.

Sesungguhnya ini adalah tindakan pencabulan dalam peperiksaan.Oleh itu,bersiap sedialah seawal yang boleh bagi membolehkan anda menjawab exam dengan hati yang tenang dan tak serabut disebabkan last minute study.Di samping itu,pengisian jiwa dengan doa dan bacaan Quran juga boleh memberi kesan yg baik sekiranya ia diamalkan selalu..(bukan nak exam je baru doa dan bace Quran ek).Selamat menjawab exam kawan-kawan.

p/s: buatlah notes sehingga ketitisan dakwat terakhir.dah wat notes jangan lupe hapal dan fahamkan..jangan simpan bawah bantal ok~..

Saturday, May 16, 2009

hantu dan bisnes


bercerita tentang bahang cerita hantu..semakin hari semakin banyak cerita hantu kat tv-tv tak berbayar,haih bagaikan cendawan tumbuh melata bak kata sopannya..ni tak termasok stesen tv yang berbayar. sampai naik meluat pon ada.nampak makin kreatif betul rakyat malaysia menerbitkan cerita hantu.dari hantu yg low profile yang mana spesies hantu -hantu yang tak femes langsung dikaca mata masyarakat sehinggalah hantu yang high profile...of coz hantu high profile demand nye tinggi(by the way mesti gune pelakon yang tiptop macam maya karen ke,emilda ke,dan etc).


seperti biasa cerita hantu tak terhenti dengan dongengan semata tetapi dikukuhkan dengan edisi siasat ala ghost buster.kenapa la kite beria sangat mahu menggangu alam makhlus halus ini.jin dan syaitan makhluk tuhan.syaitan tu sesungguhnye makhluk yang kafir lagi dilaknat oleh Allah.berbeza dng syaitan jin ada yg kafir ade yang islam.orang bunian tahukah anda semua itu hanya gelaran bagi rakyat jin dlm versi melayunye.rakyat jin pon macam manusia jugak.beranak pinak,mempunyai perasaan,makan dan minum..haih bak kata sama la serupa mcm manusia cuma yang berbeza jin ni tak de pembangunan.sebab tu jin-jin akan dok menumpang kat rumah2 kosong,hutan2,lombong2 atau tasek2 yg tak berpenghuni.syaitan telah diharamkan oleh Allah untuk berupa.jadi kalaulah jumpa hantu tu,itu adalah jelmaan syaitan tersebut.

jadi kenapa kite beria suka menonton cerita hantu? tahukah anda secara tak langsung ia mungkin boleh memesongkan akidah kita..nauzubillah..yang dimaksudkan disini percaya kepada perkara2 syirik dan khurafat.bukan kah itu sesat lagi menyesatkan.ialah kalau yang tak kuat iman tu dok tgk cerita mcm ni boleh goyah iman,mana la tau nak runtest..mahujadi kaya,nak jadi lawa..tak ke parah!!ha kalo dah mengaplikasikan tentulah sesat dan kompem masok lubang neraka.percaya kepada alam ghaib tu wajib..percaya adenya jin dan syaitan,alam roh,alam barzakh.itu lah sebenarnya yg wajib ditekankan,mempercayai kekuasaan Allah swt yg berhak keatas semua makhluk.ini tidak cerita hantu yang tak de manfaat je yang dijadikan sajian.yang menontonnya pasti la budak2 yang tak matang dr segi fizikal dan mental,,kalo yang tua2 tu sah2 mungkin ade yang menyampah kot tapi tak kurang ade yang suka cerita-cerita hantu ni.

untuk dibincangkan lebih lanjut tentang alam jin dan makhlus halus wajarlah dirujuk pada orang-orang yang lebih alim.direkemenkan dari menonton cerita sebegini apakata layari youtube dibawah seleksi ustat ismail kamus yang bercerita tentang alam roh dan alam jin atau bahan-bahan bacaan ustat haron din ke..item-item sedemikian lebih berfaedah.bukan setakat kita tahu lebih detail ttg alam makhluk halus secara tak langsung dapat menguatkan takwa kite sebagai makhluk kasar kepada maha Pencipta.Ini tidak ade ke patut jin syirik yg dilakonkan dlm tv9 diakhir cerita leh pulak membuat reminding ttg bacaan potongan ayat dari surah yassin.tak ke konpius..!haih ni la padahnya cerita tak mengenal ilmu agama yang betul.ok lah..dengan ini sy akhiri entri sy dengan harapan boikotlah cerita hantu..sy sokong title "kempen pelekeh hantu"(kredit buat WanGee dan Pak Li juge)

Friday, May 15, 2009

bisik hati


oh perasaan malas sedang bersarang dalam diri,exam selasa dan khamis depan sahaja.tapi perasaan membara nak stadi x dok pulak saat-saat ini,kenapa la ngan diriku..padahal ni la exam terakhir.mungkin da rasa tua nak baca notes dan amik exam kot..huhu..recap back dalam proses menimba ilmu bermula dari tadika al-arqam selama 2 tahun,kemudian sekolah rendah kebangsaan dan agama selama 6 tahun pagi dan petang,setelah itu naik pula sekolah menengah bermula tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5,,tamat alam persekolahan bermula kehidupan di alam U.

pejam celik 5 tahun aku di mmu ni..sum up total life spent in education around 18 years.masyAllah..aku masih punya kekuatan untuk sampai ke tahap ini.aku bersyukur sangat-sangat.sesungguhnya ilmu dunia hanyalah picisan sahaja tak setanding dengan ilmu akhiratku yang mana masih kurang (mungkin tak sampai sebesar biji kacang hijau kot)...

usaha la nadrah..cuba fokus, jangan dok asyik buat benda yang tak sepatutnya.ikotkan mahu sahaja cepat-cepat kemas balik rumah di kajang.nak tutup buku lama bukak buku baru dan mulakan chapter hidup yang segar.ok lah sampai sini je nak bebel-bebel sambil minum kopi pahit dipetang yang macam nak hujan..

Thursday, May 14, 2009

selamat mencuba


Wednesday, May 13, 2009

next door ear to the wall


Tiada siapa yang tahu..
menjadi seorang yang jahat
menjadi seorang yang bersedih
Disebalik mata hitam ini..
dan tiada siapa yang tahu
menjadi seorang yang dibenci
menjadi seorang yang hilang hanya diberitahu itu hanya tipu semata

Tetapi mimpi ini tidak kosong
secara sedar ia seakan
punya waktu,hanya sunyi
cintaku bukan dendam
lantas bebas selamanya

Tiada siapa yang tahu..
menjadi seorang dengan perasaan ini
seperti aku,dan aku...tak salahkanmu!
setiap yang tergigit
pasti penuh marah
tapi setiap luka ada penawarnya

Renungkanlah..
tiada siapa yang tahu
menjadi seorang yang tak dirawat,yang dikalahkan
disebalik mata hitam ini
tiada siapa yang tahu
untuk berkata
silap dan salah
tetapi janganlah dirisaukan
kerana aku bukanlah pendusta seperti itu


+ lirik lagu behind blue eyes dari lim bizkit yang telah dialih bahasa melayu dan diolah versi sendiri untuk mengenai cita rasa +

Tuesday, May 12, 2009

Dia Mendengar


Ya Allah
Jadikan aku orang yg bertakwa
anak yang soleh
orang yg tidak putus menyebut kalamMu
orang yang sentiasa beringat mati
hindarkan sifat hasad dengki dan takbur
tubuh badan yang sihat,rohani serta jasmini
orang yang menjaga silaturrahim
"seseorang" yg dapat membimbingku dunia dan akhirat
dan
tempatkanku dikalangan orang yang beriman dan diberi syafaat

Monday, May 11, 2009

Bai-bai MMU




Bakal menamatkan pengajian di MMU tidak berapa lama lagi.Kini adalah minggu terakhir study weekku di semester akhir sesi 2008/2009.selepas ini mungkin tiada lagi,attending lab session,preparation midterm test,submission of assignements,joining events semata nak dapatkan saps point(padehal tak aktif pon),battle of the finals,dan yang penting spent time dekat mmu melaka ni.Oh tersentuh pula..alfa,beta,gamma,epsilon dan delta akan menjadi memori terindah.

Sebelom meninggalkan kampus bukit beruang ini,wajarlah saya melakarkan ucapan terima kasih yang tak terhingga pada penaja saya yayasan TM,semua staff mmu khususnya para pendidik faculty of engineering and technology..yang paling berkesan diminda tentulah lecturer-lecturer major tele (en shahidul islam,dr rosli besar,dr tan kim geok,en chan yee kit,serta lain-lain).Dan tak lupa juga,pada supervisor final project saya Ms Wan Zakiah dan moderator saya Mr Omar.Terima kasih juga pada staf-staf library..yang banyak bersabar dengan karenah saya yg mana nak dekat-dekat kene submit report bersusah payah mencari hardcover dibilek kebal simpanan final project senior-senior dulu kala..dan terima kasih pada semua yang pernah menolong saya,memberi diskaun,memberi tumpangan,memberi kata nasihat dan sebagainya.sesunggunya kasih saya tidak dapat diluah dengan kata tetapi hanya doa pengiring untuk kebahagian "anda" semua.

"Semoga berjumpa lagi"

Sunday, May 10, 2009

bingkisan jiwa



  • DARJAT PEMBACA Al-QURAN : (1)Jutawan - membaca 300-1000 ayat sehari (2)Jayawan - membaca 200-299 ayat sehari (3)Setiawan - membaca 100-199 ayat sehari (4)Pemelihara - membaca 50-99 ayat sehari (5)Yang Ingat - membaca 10-49 ayat sehari (6)Yang lalai - membaca 0-9 ayat sehari (Petikan dari buku HIDUP BERTAQWA oleh Dato' Ismail Kamus)
p/s : dimana agaknya kedudukan kita..?

  • 1-Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.
+ dipetik dari laman tuan ambuyat el-binangkit untuk ingatan bersama +

nostalgia semester lepas

Sebenarnya agak terlewat nak masukkan entri ini.Memandangkan beberapa bulan dan tika lepas begitu sibuk dengan urusan mengemaskini fyp,midterm,dan pelbagai hal..tp satu perkara penting yang pasti,sempat lagi mencuri-curi masa mengdownload movies dan feveret siri heroes."diam tak diam dah volume 5 aku follow tu",tibe-tibe siri ini terhenti seketika kat torrent.mungkin direhatkan kot,,hangin je tengok cite ni.sylar yg kacak tu kenapa la jadi pembunuh kejam..x sesuai langsung!hehe..sometime kena ambil masa chill outjugak,kalau tak, boleh short circuit saraf dalam kepala ni.erm,berbalik cerita asal..

Mahu diceritakan sem 2 lepas tamat la berpraktikal.sebulan di putrajaya exchange dan 2 bulan lagi di cyberjaya exchange.boleh dikatakan sem ni la honeymoon sebelom naik sem 3 untuk menyudahkan final project part 2 nanti.rakan-rakan setempat kerja saya semua dari mmu cyber.saya je sorang dari kampus melaka.nak dikatakan sireh pulang ke gagang pon ye jugak.teringat masa sem akhir alpha sebelum naik beta.diwar-warkan mendapat ofer menyambung degree in telecommunication kat cyber,tapi ditolak dengan hati terbuka.ahaha ye la tu..siap cari orang lain untuk swap semata-mata nak dok melaka jugak.ditakdirkan disinilah tamatnya pengajianku..bumi melaka bandaraya bersejarah.oops bukan bumi pak rustam tau!rumah dikajang..mahu ke cyber 15-20 minit macam tu.adeih tak thrill la,biarlah mengaji jauh-jauh sket.boleh rasa insaf nak belaja sungguh-sungguh(konon!).walaupon tak bape jauh kajang melaka..dalam kelompokku,"aku ler juara balik umah".kadang-kadang hujung minggu lesap balik umah kalau x banyak kerja kat mmu.

Masa praktikal memang la sangat seronok,tp masa kat putrajaya bosan bukan kepalang.dok terperap je dalam bilik transmission ngn switching.tp di sebalik kebosanan tu,exchange ni sebelah je alamanda.apa lagi waktu lunch memang bukan lunch le,waktu shopping time.hehe..teman sekerja saya yang sorang ni la yang jadi teman sehari-hari (nurasyikin a.k.a merangkap rumate kat hostel cyber).tamat je sebulan di putrajy; kami (aku,ekin,mushtaq dan firdaus) berhijrah ke cyber pulak.kali ni ni tempat keje baru bukan lagi sebelah shopping kompleks tapi across the street kampus mmu cyber.haha seronok tak?hari-hari gi keje jalan kaki.lagi 10 minit nak 8.30 baru gerak dari bilek.bila dikenang kelakar pon ada.kat cyber best sikit,sebab technician sini ala-ala rangers.suka bwk kami jalan-jalan kawasan taklukan mereka.dari cyber sampai ke nilai.ekceli ni coverage kerja bagi team acess.untuk team data pulak cover area sampai ke KL.ha jalan sakan la jawabnya ikot diorang wat kerja.sungguhpun sudah habis sesi berpraktikal,rakan-rakan lama ditempat kerja masih lagi sudi bercontact.sudah kian lama tak jumpa mereka ini.insyAllah tunggu kepulangan saya nanti ok.

- sekitar tempat saya menimba ilmu praktikal -


+ pak cik rashid,saya dan pakcik pajan +



+ bilik transmission+

Saturday, May 9, 2009

hari untuk kita


Hai kawan..ingatkah suatu ketika dulu kita di zaman alpha,seakan "kanak-kanak" riang yang baru saja melangkah kaki ke alam tadika.kita sama-sama tidak kenal dan bersua.hie kamu..datang dari utara..dan kamu datang dari selatan..kamu pula luar semenanjung..dan kamu pula "ohh I can't speak malay"ohh lupa..International student rupanya.Saya bukan lah dari barat..tapi pantai barat Malaysia.lokasi selangor..dan lebih detailnya saya dari Kajang.Pada mula agak kekok dan janggal menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru ini,tapi suatu ketika nanti mereka inilah yang akan sama berjuang di gelanggang pengajian tinggi ini.Wahai kawan-kawan marilah kita sahut cabaran dan menyemat impian bersama untuk berjaya hingga ke puncaknya...

Hai kawan..kita bersua lagi,kali ini kita sama-sama "tua".kita sudah menjadi super senior.kita sudah hampir ke garisan tamat.Jatuh bangun,onak duri sudah kita tempuh.Sampai masa kita akan pulang dengan sejuta kenangan di dada.kemenangan ini bukan untuk diri tetapi untuk keluarga tercinta.tahniah kawan..segenggam ijazah bakal milikmu.

Akhir kata..duhai kawan.." terima kasih atas segalanya,hanya yang Esa dapat membalas jasa dan keringat.Mohon ampun dan maaf atas segala salah silap,terkasar bahasa,umpat keji dan halalkan segalanya samaada secara langsung atau tidak".Semoga hidupmu dicucuri rahmat di dunia dan akhirat.

- Memori Satu Fakulti -

+ rakan-rakan "tadika"+



+ tempoh 5 tahun begitu singkat +



+ kamilah senior yang tua itu +

berbuah usaha


"Assalammualaikum and a very good day to all of u..My name is Nadrah Mat Noh.My ID is 1041104727.I would like to present my FYP part 2 with title Performance Study of RAKE receiver in WCDMA system.My supervisor is Ms Wan Zakiah n My moderator is Mr Omar Abd Ghafoor.." bla bla n bla..that's all TQ..itu sebahagian teks ucapan terhormat oleh saya selaku peneraju utama projek tahun akhir.syukur semua sudah pon berlalu.tak dapat digambarkan rase puas dan gembira di hati.di bayangan hanya wajah mak dan abah serta adek-adek tersayang.Tak lupa juga pada rakan-rakan yg banyak memberi tunjuk ajar dan kata semangat.sehingga di saat utk menghadapi presentation pon masih ade yg sudi mengucapkan "good luck".terima kasih tak terhingga pada yang sudi datang menjengah presentation saya.nampak betul meriah walhal saya kecot perot berkata-kata kat depan.pada zack dan akmal " leh pulak bersorak wat ombak laut masa aku tengah present" keke..lawak-lawak.walaupon begitu kenangan ini cukup indah tuk diingat sampai bila-bila.Sehari sebelom presentation sempat menjengah presetation adah,syahrool dan rakan-rakan lain.We're having fun with this memorable journey!!jumpa anda semua di konvokesyen nnt insyAllah.

- simpan di kotak minda -

+ saya berhujah terkedu-kedu +





-yg ayu b'baju kurung tu adibah,walaupon x sempat gi presentationnya tp sekalung tahniah buat anda dan fyp u hv done a great job!-

+ riang sebab dah lepas beban di bahu +



+ tangga fakulti tinggal kenangan +
+ mungkin ini dikatakan tangga kejayaan+
 

menyingkap bukan satu rahsia © 2008. Template Design By: SkinCorner