Tuesday, January 17, 2012

Anggaran Kasar 2 bulan dari tempoh hari Ini.

Assalamualaikum,

Title seperti yang disebutkan.Panjangnya title tapi..adakah maksudnya sampai? Oh tentu la gimik semata.Anggaran kasar 2 bulan tu tempoh untuk aku menghitung hari nak menikah dengan pilihan hati.Gementar?Kalut?ape lagi..kusut..erm insyallah boleh tangani kot.Untuk yang core alhamdulillah semua dah buat tinggal nak follow up aja.

Agak terasa lah keterujaan orang sekeliling ofis aku, sebab expectation depa ni aku pon kadang-kadang jadi cuak.Selalu bertanya bila nak dapat kad, mcmana persiapan dah pi Nilai3 ke belum,awat badan hang membolat je (* kuruih kan la badan nanti baju sanding tak muat ). Frankly speaking, orang je yang terganggu dengan bentuk paras aku, aku tak nampak cost saving kat mana?apa cost saving? haih kalau cost saving of coz la aku leh jimat duit sebab ikat perut tak makan..oh no no..proper consuming food is very important to me.Aku tak reti la nak berlapar, perut aku kena berisi untuk pastikan aktiviti seharian aku running smoothly.Kalau aku tak makan, aku jadi lembik,perut pedih, jiwa tak happy.

Jadi kalau dah makan seperti yang perlu (maksud tak over makan) jadi oklah kan.Allah swt jadikan figure aku macam ini aku bersyukur sangat.Nak kata gemuk tak gemuk kurus tak kurus..(tu aku yang katalah, orang lain aku tak tau cam ner..)

Mungkin ada benarnya aku membenarkan kata-kata mereka yg suruh aku slim skit supaya tak regret dalam gambar kawin nanti, oh sampai begitu kah?Mcmana aku nak forecast ni? lagi 2 bulan cukup ke nak nampak slim semata2 untuk gambar kawin.Semua nya fake berlaka, jadi hipokrit.Apa yang aku tegaskan aku akan jadi diri sendiri.It makes me happy indeed.

U must learn to appreciate yourself.Insyallah Allah swt will grant you His merciful.
Sesungguhnya aku sangat bersyukur, walaupun masih belum complete status relationshipku kearah status "halal", aku sentiasa mendoakan hubungan yang akan kubina ini direstui Allah swt.Ya Allah! Semoga Kau permudahkan urusan hambaMu ini untuk mengecapi kehidupan berumahtangga kelak.Jadikan aku isteri yang solehah kepada suami ku yang soleh.Dan moga aku dkurniakan anak-anak yang bijaksana & soleh, rupa paras menarik serta hati yang utuh dengan Islam.

Oklah, setakat ini ajelah.mungkin blog akan datang lebih interesting kot nak cerita bila dah experience as a wife.ngee ngee..tak sabo la weih..!~


0 comments:

Post a Comment

 

menyingkap bukan satu rahsia © 2008. Template Design By: SkinCorner