Tuesday, January 17, 2012

Anggaran Kasar 2 bulan dari tempoh hari Ini.

Assalamualaikum,

Title seperti yang disebutkan.Panjangnya title tapi..adakah maksudnya sampai? Oh tentu la gimik semata.Anggaran kasar 2 bulan tu tempoh untuk aku menghitung hari nak menikah dengan pilihan hati.Gementar?Kalut?ape lagi..kusut..erm insyallah boleh tangani kot.Untuk yang core alhamdulillah semua dah buat tinggal nak follow up aja.

Agak terasa lah keterujaan orang sekeliling ofis aku, sebab expectation depa ni aku pon kadang-kadang jadi cuak.Selalu bertanya bila nak dapat kad, mcmana persiapan dah pi Nilai3 ke belum,awat badan hang membolat je (* kuruih kan la badan nanti baju sanding tak muat ). Frankly speaking, orang je yang terganggu dengan bentuk paras aku, aku tak nampak cost saving kat mana?apa cost saving? haih kalau cost saving of coz la aku leh jimat duit sebab ikat perut tak makan..oh no no..proper consuming food is very important to me.Aku tak reti la nak berlapar, perut aku kena berisi untuk pastikan aktiviti seharian aku running smoothly.Kalau aku tak makan, aku jadi lembik,perut pedih, jiwa tak happy.

Jadi kalau dah makan seperti yang perlu (maksud tak over makan) jadi oklah kan.Allah swt jadikan figure aku macam ini aku bersyukur sangat.Nak kata gemuk tak gemuk kurus tak kurus..(tu aku yang katalah, orang lain aku tak tau cam ner..)

Mungkin ada benarnya aku membenarkan kata-kata mereka yg suruh aku slim skit supaya tak regret dalam gambar kawin nanti, oh sampai begitu kah?Mcmana aku nak forecast ni? lagi 2 bulan cukup ke nak nampak slim semata2 untuk gambar kawin.Semua nya fake berlaka, jadi hipokrit.Apa yang aku tegaskan aku akan jadi diri sendiri.It makes me happy indeed.

U must learn to appreciate yourself.Insyallah Allah swt will grant you His merciful.
Sesungguhnya aku sangat bersyukur, walaupun masih belum complete status relationshipku kearah status "halal", aku sentiasa mendoakan hubungan yang akan kubina ini direstui Allah swt.Ya Allah! Semoga Kau permudahkan urusan hambaMu ini untuk mengecapi kehidupan berumahtangga kelak.Jadikan aku isteri yang solehah kepada suami ku yang soleh.Dan moga aku dkurniakan anak-anak yang bijaksana & soleh, rupa paras menarik serta hati yang utuh dengan Islam.

Oklah, setakat ini ajelah.mungkin blog akan datang lebih interesting kot nak cerita bila dah experience as a wife.ngee ngee..tak sabo la weih..!~


Tuesday, August 9, 2011

Sebulan Sudah


Apa yg sebulan?..oh usia pertunanganku dengan si-dia..hari bersejarah tersebut adalah 9 Julai 2011.tarikh tersebut juga merupakan tarikh yg akan diingati seluruh rakyat msia..nak tau kenapa,search la sendiri...mungkin setengah org tak suka nak bincangkan isu pada tarikh ni.alhamdulillah walaupon sedikit havoc..majlis berlangsung dengan terancang...masa semakin menghamipiri..even 7 bulan dari sekarang,aku rasakan ia semakin dekat dan mendebarkan..all the best for me!

Sunday, December 19, 2010

Narnia..aYam golek..i-City..combo set from Nohanz~!

kejadian 18 dec 2010...

sekian lama kami tak luangkan masa bersama...selepas zuhur tekan minyak pergi anex,
park kereta dan kami berjalan ke lrt kerinci untuk menuju ke times square..
terima kasih kepada abang spekie sebab dah beli tiket online siap-siap..movie pilihan hari ini Narnia..kami berdua yang tak lunch lagi..hanya membaham popcorn dan minum coke je.
jam di tangan da nak nak maghrib..jadi kami kerjakan solat dulu then baru berkira nak lunch ape..

mula-mula aku rasa mcm nak makan secret recipe..tapi.dengan crowded yang besar kat times square rasa nak lari je cari tempat makan yang tenang sikit..norhan suggest gi bangsar..makan steak..aku x kisah mana-mana janji makan..perut dah lapar ni..dalam selangkah dua..norhan suggest makan dekat ayam golek pantai dalam pula..wahh aku teruja dengar ayam golek..joomm..

kami order set untuk 3 orang makan.sebab utk 2 org tak ada..walaupon kami berdua je,tapi yg ketiga boleh jadi nasi tambah...makan pon puas..memang the best la..bertambah best intan payung yang belanja..hihi..thank u U..
perut da kenyang jadi kami mahu pulang..on the way nak ke anex,norhan ajak gi icity..joom untuk second time.memandangkan aku tak pernah pergi teringin juge nak merasa tengok keindahan lampu malam..dengan bantuan gps kami berjaya sampai ke destinasi..
aku yang berheel dari tadi dengan tak malu tanya.."ada selipar lebih tak?" ye le..kang nak menapak tengok lampu dramatik sungguh kalau bertumit..norhan:"ada pi cari kat seat belakang"

hihi ok misi berselipar berjaya..kalau tak mau lunyai tumit kaki panjat dan menapak kat icity..
gambar kat icity pon tak banyak..kedatangan kami bukan fokus tengok lampu tapi..rehersal concert untuk even 19 hb..dua-dua melopong tengok aizat,xpdc buat persembahan..hihi..tapi memang best la rehersal tu..gorengan gitar menusuk kalbu..

ok la..setakat tu je keterujaan utk 18 dec 2010..gambar kat bawah sekilas kami di icity shah alam :)



selipar pinjam yang sgt selesa



Friday, November 12, 2010

i will sure miss u soo much!!

sangat sedih...
seseorang yang rapat denganku dicubic akan meninggalkan ku..kembali ke region...retaknya dan betapa pilu rasa hati,sampai menggangu perasaanku..ooh serius tamparan yang aku rasa sangat bukan kepalang,dia..
seorang yang sangat mahir berkata-kata..setiap kata adalah motivasi,penguat semangat,pemberi kata yang menyenangkan..mengenali dia dalam hidup sangat bermakna..ooh tidak aku menangis,menangis sambil menaip...oohh aku sangat sedih sekarang!sapa nak tolong aku tenangkan diri ni..oo tidak...cis sambil dengar lagu alunan whitney houston " i learn from the best" lagi la lalok aku,,oo,,dah nad...setiap perkenalan ada perpisahan,,mungkin perkenalan yang singkat ni sebenarnya adalah nikmat yang tuhan beri..percayalah aku sangat beruntung mengenali dia..dia adalah mentorku yg pertama yang sgt best (aku rasa la kott)..
moga dia happy di tempat barunya..dan aku kena cekal dan tabah atas perpisahan ini....

Friday, October 29, 2010

tengah bahagia!~

Disebabkan petang jumaat yang sgt busan ini,aku mengambil peluang menaip di laman blog yg lama betul aku tinggalkan.kesian ko blog..sebenarnye ade je nak kene buat..aku baru dapat task daripada bos aku kene wat asset retirement untuk server.memandangkan di assertised ke anoc jadi perlu la take responsibility wat ape yang patut.proses flow leceh sket,mule kene calling2 orang investigate mcm csi tanye itu ini..then da dapat input yang cukup baru la leh proceed next step dan buat ape yang patut..insyallah next week la aku pulun wat sampai siap..
tentatif tuk esok..nak pi melaka..ade event besar..teruja ekceli hihi..pergi dengan en nohan sayang,volunteer bawak keta die.thanks sayang..minyak keta and dll kite sharing2 ok..wah balik melaka..pertama-tama aku nak melawat mmu,pastu nak round taman dahlia..ohh kawasan perumahan 2 tingkat tempat penyewaan aku masa stadi suatu masa dulu..arghh bnyk gile memori 5 tahun..caca merba hidup sebagai student.fet ape cer?ade lagi ke mat saleh yang pernah jadi dean fet satu masa dulu tu....

tengah teruja2,aku belek2 folder lama..jumpa la gambo yang sungguh innocent...haha we were acting in malaysian studies..this pic sangat mengimbas banyak memori.now it seem a year,we get together,harap dapat kekal dunia akhirat..amin..dulu sekelas..tapi tak la sebangku..dalam tutorial dan juga lecture hall..masing2 ade mission,tentu la nak concentrate nak pastikan cgpa tiptop dan every sem gpa tak jatuh 3.kalu tak habis le scholar kene tarik..alhamdulliah skang bonded ngn kompeni ni dan kami di hired..wah mcm program apprentice lak..skang da tak sekelas..tapi..jarak pemisah tu tak de la jauh sgt..hanya between anex 1 and anex 2.isk da lewat da nak kemas2 mahu pulang..attached gambo kami suatu ketika dulu....

~auww muka yang kelakar~

~this is us,muka aku da menembun..tengah bahagia kot~

Sunday, May 9, 2010

Facing new phase of Life..


Assalamualaikum,

Berpurnama aku tidak menulis di blog ini.walaupon connection internet di mana saja,tapi keiinginan untuk menulis begitu kurang.mungkin bukan "passion" ku kot.Dulu masa time sem akhir di MMU berkobar gila buat entri,kalau boleh setiap benda nak update...Kini aku kian berubah..dunia aku bukan lagi seorang yang bergelar student,aku sudah melangkah ke alam yang baru,,Aku dah kerja..alhamdulillah..sedikit recap perjalanan hidup aku setelah tamat belajar di MMU..

~ Convoed bulan 8 di MMU Cyberjaya + interviewed by TM
~1/9/09 TM panggil untuk menjalani OJT + Induksi di TMTC Taiping
~1/11/09 di tawarkan ke TM CSOC(Customer Service Operation Centre),Vads TTDI
~1/12/09- present di ANOC (Access Network Operation Centre) KL

Kehidupan aku sekarang,tentunya secara total begitu mencabar.Aku lah hamba kepada Penciptanya,seorang anak yang kasihkan ibunya,kakak "garang" kepada adik-adiknya =p ,pekerja kepada aset syarikatnya,dan akulah aku kepada sesiapa yang mengenali diriku ini (no idea)..

It's all about me.Short but it means lot..
For reader(s) thanks for reading my entri.
At top precious pic to be share with.
Done....

Saturday, September 12, 2009

ini..








kwn saya gembira,saya gembira..ibubapa dan keluarga saya gembira..
seluruh alam meraikan hari yang gembira ini bersama..
kini saya sudah "diikat" dan akan meneruskan tugas yang selanjutnya..
"salam lebaran dan selamat berkhidmat pada rakan-rakan sekelian"


 

menyingkap bukan satu rahsia © 2008. Template Design By: SkinCorner