Saturday, May 16, 2009

hantu dan bisnes


bercerita tentang bahang cerita hantu..semakin hari semakin banyak cerita hantu kat tv-tv tak berbayar,haih bagaikan cendawan tumbuh melata bak kata sopannya..ni tak termasok stesen tv yang berbayar. sampai naik meluat pon ada.nampak makin kreatif betul rakyat malaysia menerbitkan cerita hantu.dari hantu yg low profile yang mana spesies hantu -hantu yang tak femes langsung dikaca mata masyarakat sehinggalah hantu yang high profile...of coz hantu high profile demand nye tinggi(by the way mesti gune pelakon yang tiptop macam maya karen ke,emilda ke,dan etc).


seperti biasa cerita hantu tak terhenti dengan dongengan semata tetapi dikukuhkan dengan edisi siasat ala ghost buster.kenapa la kite beria sangat mahu menggangu alam makhlus halus ini.jin dan syaitan makhluk tuhan.syaitan tu sesungguhnye makhluk yang kafir lagi dilaknat oleh Allah.berbeza dng syaitan jin ada yg kafir ade yang islam.orang bunian tahukah anda semua itu hanya gelaran bagi rakyat jin dlm versi melayunye.rakyat jin pon macam manusia jugak.beranak pinak,mempunyai perasaan,makan dan minum..haih bak kata sama la serupa mcm manusia cuma yang berbeza jin ni tak de pembangunan.sebab tu jin-jin akan dok menumpang kat rumah2 kosong,hutan2,lombong2 atau tasek2 yg tak berpenghuni.syaitan telah diharamkan oleh Allah untuk berupa.jadi kalaulah jumpa hantu tu,itu adalah jelmaan syaitan tersebut.

jadi kenapa kite beria suka menonton cerita hantu? tahukah anda secara tak langsung ia mungkin boleh memesongkan akidah kita..nauzubillah..yang dimaksudkan disini percaya kepada perkara2 syirik dan khurafat.bukan kah itu sesat lagi menyesatkan.ialah kalau yang tak kuat iman tu dok tgk cerita mcm ni boleh goyah iman,mana la tau nak runtest..mahujadi kaya,nak jadi lawa..tak ke parah!!ha kalo dah mengaplikasikan tentulah sesat dan kompem masok lubang neraka.percaya kepada alam ghaib tu wajib..percaya adenya jin dan syaitan,alam roh,alam barzakh.itu lah sebenarnya yg wajib ditekankan,mempercayai kekuasaan Allah swt yg berhak keatas semua makhluk.ini tidak cerita hantu yang tak de manfaat je yang dijadikan sajian.yang menontonnya pasti la budak2 yang tak matang dr segi fizikal dan mental,,kalo yang tua2 tu sah2 mungkin ade yang menyampah kot tapi tak kurang ade yang suka cerita-cerita hantu ni.

untuk dibincangkan lebih lanjut tentang alam jin dan makhlus halus wajarlah dirujuk pada orang-orang yang lebih alim.direkemenkan dari menonton cerita sebegini apakata layari youtube dibawah seleksi ustat ismail kamus yang bercerita tentang alam roh dan alam jin atau bahan-bahan bacaan ustat haron din ke..item-item sedemikian lebih berfaedah.bukan setakat kita tahu lebih detail ttg alam makhluk halus secara tak langsung dapat menguatkan takwa kite sebagai makhluk kasar kepada maha Pencipta.Ini tidak ade ke patut jin syirik yg dilakonkan dlm tv9 diakhir cerita leh pulak membuat reminding ttg bacaan potongan ayat dari surah yassin.tak ke konpius..!haih ni la padahnya cerita tak mengenal ilmu agama yang betul.ok lah..dengan ini sy akhiri entri sy dengan harapan boikotlah cerita hantu..sy sokong title "kempen pelekeh hantu"(kredit buat WanGee dan Pak Li juge)

1 comments:

Ummuafiq Hashim said...

betui tu betui...

Post a Comment

 

menyingkap bukan satu rahsia © 2008. Template Design By: SkinCorner